aku kopy dr web lain ni ..semuga jadi panduan utk semua
Ramai yang tahu yang bowling adalah salah satu sukan indoor yang popular di dunia, bukan hanya dalam pertandingan, tapi juga untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan kawan-kawan, tapi sukan bowling juga menyatukan kawan-kawan dan ahli keluarga…Sebenarnya aku nak pergi main bowling jap lagi, so tiba-tiba ambik masa sekejap nak post pasal bowling ni. Pernah tak korang rasa nak jadi pemain bowling terhandal dikalangan keluarga atau kawan, atau untuk mewakili tempat korang bekerja. Mungkin korang tengok kawan-kawan main, lepas tu strike, mungkin korang tertanya-tanya, apasal hebat sangat dia tu ha? Mesti darah daging bowler ni..haha..Sebenarnya korang tahu nak main bowling ni, masuk longkang pun kira korang pandai main bowling gak la kan??hehehe..
Entri ni mungkin pendek sikit, sebab aku nak kongsi cara untuk buat yang terbaik semasa main bowling dengan keluarga atau kawan-kawan.
1.) Postur badan – Even saiz korang agak istimewa, yang perlu korang buat, pandang hadapan terus kearah pin, dan pastikan badan tetap pegun cuma tangan saja korang hayun. Mungkin korang boleh try and error masa buat balingan.
2.) Pegang Bola betul-betul – Nak pegang bola dengan betul, bola tu sendiri mestilah sesuai, pastikan lubang bola bowling tu sedikit longgar dan tidak terlalu ketat, kalau korang ada bola sendiri lain cerita lah..Satu lagi, elakan dari tangan yang berpeluh, sebabnya nanti korang terlepas masa pegang bola tu, jadi bawaklah towel yang bersih dan kering semasa bermain bowling.
3.) Pastikan kedudukan korang – Jika korang pengguna tangan kanan, pastikan korang berkedudukan tengah kanan berpandukan poin-poin yang ada dekat lane bowling tu. Untuk yang kidal, ambik kedudukan tengah kiri.
4.) Fokus!!! – Korang akan melakukan balingan yang menentukan hidup mati korang, hehe…So better aim pin kedua dan ketiga, sama ada sebelah kanan pin tu atau sebelah kiri pin tu, ikut fokus korang.
5.) Kawalan pernafasan – Mungkin step ni ramai yang terlepas, sebab terlalu suka, so pernafasan penting untuk mengawal rasa gemuruh, so tarik nafas beberapa kali, saat korang nak baling bola tu, korang tahan nafas dan terus baling, ini nak mengurangkan pergerakan badan sekiranya korang hembus nafas.
6.) Gerakan lembut – Bukan korang bergerak macam auwww, nanti bola tu pun pergi macam auwww..Gerakan lembut bermaksud, korang ambik sekurang-kurangya empat langkah dan teruskan balingan, tapi bukan dengan gelojoh, orang kata take time ketika baling.
7.) Kawal kelajuan – Kebanyakan yang main bowling adalah berdarah muda, tak sabar dan gopoh. Dalam bowling, korang tak boleh laju sangat dan terlalu perlahan sangat, so kena man man(perlahan-lahan)..hehe, sebab kalau terlalu laju, bola bowling akan tersasar dari lane atau pin tu tak jatuh ke belakang, tapi berpisah(split), so pin yang kat belakang tak kena balingan atau jatuhan pin..Faham!!!
8.) Maintain postur – Macam aku terangkan kat atas tadi, postur badan semasa balingan menentukan arah balingan korang, so pastikan badan tegak, muka pandang kehadapan menghala ke arah target.
9.) Lepaskan bola itu!!! – Sebelum melepaskan balingan, bengkokkan sedikit tangan, tangan yang memegang bola rapat dengan badan dan tangan lagi satu pegang bola untuk sokongan. Hati-hati semasa lepaskan balingan, sebab kita akan tidak sengaja membongkokkan badan selepas melepaskan badan. Pada kerendahan yang sesuai, lepaskan bola dalam keadaan relaks.
10.) Style – Pandang ke arah bola itu pergi, jangan berganjak ke mana-mana, ni untuk melihat samaada korang strike ke tak..hehe
hari ini dengan tidak di sangka-sangka aku telah bermain bowling ,walau tidak pandai hantam jer..hayun mcm orang lain gak aku hayun juga..pelan-pelan,kebetulan di tempat bowling tu tidak lah ramai yang main so tidak laa segan sangat..
aku main bersama-sama family jer sebagai aktiviti hujung minggu.
in bahasa inggeris english
today is not the little expected, I have to play bowling, but not good swing .. Posted Hantam Posted at others I was swinging too .. gak plans, accident at bowling I do not play so many people is not very shy laa. .
I play together as a family activity weekend
No comments:
Post a Comment