Thursday, April 14, 2011

Andainya ini Catatan Terakhirku

Bismillahirrahmanirrahim..

Untukmu Rasul tercinta, Muhammad saw. Sang lelaki sempurna yang selalu kurindui untuk bertemu dengannya. Semoga kelak ku berada pada barisan pengikutmu yang sentiasa taat pada syariahNya & sekaligus memperjuangkannya.

Untuk kedua orangtuaku. Maaf atas bakti anakmu ini yang belum bererti apa-apa di hadapan kalian. “Diriku sgt2 mencintai kalian” dengan sebenar-benarnya CINTA. “ku mengasihi kalian” dengan sebenar-benarnya KASIH. Dan “Aku menyayangi kalian” dengan sebenar-benarnya KASIH SAYANG. Salam takzimku untuk kalian berdua.

Untuk sahabatku. Semoga jarak yang sangat jauh yang Allah bentangkan di dunia fana ini, tidak membuat kita berjauhan pula di akhirat sana. Semoga kelak akan ada pertemuan TERINDAH, di TEMPAT terindah, di saat terindah & di bawah naungan keredhaanNya. Salam takzimku untuk semua.

Untuk keluargaku, guru-guru kehidupanku- Abu BAkar ash Shiddiq, Ali bin Abi Thalib, Bilal bin Rabbah, Mush’ab bin Umair, Aisyah binti Abu BAkar dan Fathimah az Zahra-, sahabat karibku, teman seperjuanganku & adik-adikku. Diriku BANGGA & bahagia pernah mengenali anda semua. Semoga ada manfaat besar yang kalian dapat selama mengenali diri ini.insyaAllah..

Bukan MANUSIA jika tiada esak tangis ketika melepaskan pemergian. Namun kumohon, lindungi jasadku dari AIR MATA kalian. Ikhlaskan & selalu doakan.

Jika hari ini senja kematian menghampiriku, maka tak usah khuatir. Esok kelak akan nada fajar baru yang dapat menghapus kesedihan & mengusap air mata semua.

HARGAIah hidup ini sebagaimana hidup MENGHARGAI kita.

Hargailah NYAWA sebagaimana ia TETAP SETIA berada di dalam raga hingga Allah berkehendak MENCABUTnya.

Hargailah PERJUANGAN ini sebagaimana perjuangan akan menghantarkan dirimu kepada kemuliaan.

Hargailah KEBERSAMAAN@ UKHUWAH ini kerana boleh jadi, esok yang ada adalah PERPISAHAN cuma..

Hargailah setiap PERTEMUAN kerana di sana ada jalinan UKHUWAH yang tak tergantikan..

Hargailah setiap apa yang dikau MILIKI, kerana boleh jadi suatu ketika nanti Allah mengambilnya tanpa dikau SEDARI..

Hargailah setiap PENYESALAN kerana biasanya di sana ada kesedaran

Hargailah setiap KESEDIHAN kerana dengannya dikau dapat lebih MENGHARGAI erti KEBAHAGIAAN......
Hargailah maka dirimu akan DIHARGAI


Pesan HATJangan pernah MEMINTA agar 'luka'mu disembuhkan tetapi mohonlah agar Allah meng'ganti'kannya dengan pahala kebaikan.

Amin Allahumma amiin InsyaAllah..

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment