Sunday, January 23, 2011

((Tmn2Syurga)) Resepi Udang Goreng Rangup Dengan Telur Masin

Resepi Udang Goreng Rangup Dengan Telur Masin

Bahannya:
6 ekor udang
3 biji kuning telur masin
2 gram rumpai laut
5 gram serbuk pati ayam
5 gram gula
50 mililiter air secukupnya

Minyak untuk menggoreng

Gaul dan jadikan sebati:

3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil tepung naik sendiri

Cara memasak:

1. Bersih dan tanggalkan kulit udang kecuali ekor. Celupkan dalam sebatian tepung beras dan goreng sehingga keemasan. Angkat dan toskan.

2. Kukus kuning telur masin dan lumatkan sehingga hancur.

3. Rumpai laut dipotong menjadi jalur nipis.

4. Masukkan sedikit minyak, goreng udang dan kuning telur masin sehingga mesra. Masukkan gula, serbuk pati ayam dan jaluran rumpai laut. Goreng seketika.

5. Angkat dan hidangkan.


Petua menjadikan masakan udang rangup oleh Chef Loke Wan Toi:

1. Untuk menjadikan udang bersalut tepung ini rangup, tambahkan tepung beras.

2. Pilih udang yang segar dengan melihat isinya yang masih keras.

3. Jangan letakkan udang dalam peti sejuk jika mahu menghasilkan gorengan lebih enak. Sekiranya ada kandungan ais, sejatkan sampai kering barulah dicelupkan dalam tepung yang disediakan.

4. Apabila menggoreng, kawal apinya. Api yang perlahan dan terkawal akan memastikan kerangupan tersendiri.

No comments:

Post a Comment