Wednesday, January 12, 2011

((Tmn2Syurga)) Morning U All - Jom Sarapan Pagi


Sedikit info nak dikongsikan berkaitan laksam.

Laksam merupakan sejenis masakan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Kuah
  1. 300 gm isi ikan
  2. 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
  3. 4 ulas bawang merah (dikisar)
  4. 4 ulas bawang putih (dikisar)
  5. 1 batang serai (dikisar)
  6. Sedikit halia (dikisar)
  7. 2 kiub pati ayam
  8. Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
  9. Sedikit lada hitam

Laksam
  1. Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
  2. 1 cawan tepung ubi
  3. 2-3 cawan air
  4. sedikit garam

Cara penyediaan

Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.

Cadangan Hidangan

Potong tepung laksam anggaran 1 sm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.

No comments:

Post a Comment